Kerukunan Hidup Melalui Dialog Kehidupan: Kajian Kes di Taman Perumahan di Kuala Terengganu (Harmonious Relationship through Dialogue of Life: A Case Study at Residential Area in Kuala Terengganu)

2021 
Hubungan interaksi antara agama sering kali dibayangi dengan kecenderungan terhadap persepsi yang negatif dalam kalangan masyarakat multi-etnik dan agama. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat persepsi amalan kerukunan agama dalam kalangan masyarakat Cina di negeri Terengganu yang tinggal di kawasan perumahan. Data yang diperolehi adalah melalui kaedah kualitatif iaitu temu bual ke atas lima belas orang komuniti yang tinggal di taman perumahan Padang Midin, Kuala Terengganu. Hasil kajian menunjukkan bahawa maklumat awal tentang agama Islam komuniti Cina Terengganu banyak diperolehi melalui dialog kehidupan yang berlaku antara komuniti Cina bukan Muslim dengan masyarakat Melayu Muslim. Hasil kajian mendapati persepsi kerukunan hidup di taman perumahan merangkumi persepsi positif dan negatif. Persepsi komuniti Cina dari aspek positif terhadap amalan kerukunan agama masyarakat Muslim di kawasan taman ialah seperti jujur, suka membantu dan memberi buah tangan. Manakala dari aspek negatif, antara amalan yang membantut proses kerukunan hidup beragama ialah gangguan dan cacian khususnya dalam kalangan remaja Melayu Muslim yang tinggal di kawasan perumahan. Melalui kerukunan hidup beragama melalui dialog kehidupan, komuniti Cina banyak mengetahui sesuatu yang baru dalam agama Islam sekaligus sedikit sebanyak membetulkan semula streotaip negatif mereka terhadap agama itu. Hasil kajian ini penting kerana dapat mendedahkan tentang cabaran sebenar yang dihadapi dalam memastikan kelestarian kehidupan yang aman dan rukun di taman-taman yang didiami oleh pelbagai etnik. Kata kunci: Kerukunan; dialog kehidupan; taman perumahan; komuniti Cina; hubungan Abstract Inter-religious interactions are often overshadowed by a tendency to negative perceptions among multi-ethnic and religious communities. Therefore, this study aims to analyse the perception of religious practice among the Chinese in a residential area at Terengganu. The data obtained through the qualitative method of interviews over the fifteen community members residing in the Padang Midin, Kuala Terengganu. The result showed that information that related to Islamic teaching was found to be obtained through a life dialogue that occurred among non-Muslim Chinese communities with the Malay Muslim community. The results of the study found that the perception for the practice of religious harmony consist of positive and negative perception. The Chinese community gives a positive perception towards the religious practices of the Muslim community, such as Muslim people are honest, helpful, and like to give souvenirs. While, in a negative aspect there a few practices that interrupt the process of religious harmony such as nuisance and the emphasis was done by Malay Muslim teenagers that live in a residential area. Religious harmony can be achieved through dialogue of life because the Chinese community gets a lot of knowledge regarding to Islamic religion at a certain extent of correcting their negative perceptions towards Islam. The results of this study are important to expose the actual challenges faced in ensuring the sustainability of a peaceful life and pillars in the residential area that have various ethnic groups. Keywords: Religious harmony; dialogue of life; residential; Chinese community; relationship
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []