Penerimaan dan Penggunaan Portal E-Warga dalam Kalangan Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia

2020 
Revolusi industri 4.0 telah merancakkan pembangunan pelbagai aplikasi dalam talian yang lebih interaktif dan mesra pengguna. Ini merupakan satu cabaran kepada pihak pengurusan dalam usaha mengadaptasi aplikasi dalam talian, urus tadbir sesebuah universiti terutama untuk mengurus pelbagai data serta maklumat yang melibatkan kepelbagaian pihak berkepentingan. Sesuatu sistem terbina disebabkan pelbagai faktor seperti mudah untuk digunakan, kebergunaan sistem tersebut, kepercayaan terhadap keselamatan sistem, kualiti maklumat, kualiti sistem dan juga kualiti perkhidmatan yang disediakan. Universiti Kebangsaan Malaysia telah lama membangunkan satu aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Portal e-Warga untuk meningkatkan produktiviti, keberkesanan dan kecekapan capaian dalam kalangan kakitangan universiti. Pandangan dan maklum balas daripada pengguna sistem amat penting untuk melihat dan membuat penambahbaikan ke atas sistem aplikasi dalam talian seperti Portal e-Warga ini. Kajian analisis deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan kakitangan UKM terhadap penggunaan Portal e-Warga. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan melibatkan seramai 600 responden yang terdiri daripada tiga kumpulan iaitu kakitangan Pelaksana, Pengurusan & Profesional serta Akademik. Hasil kajian mendapati kualiti sistem membantu urusan kerja warga UKM dan kualiti perkhidmatan portal e-Warga penting untuk membantu kakitangan bekerja secara berkesan dalam organisasi. Kata kunci: Penggunaan, portal e-Warga, aplikasi dalam talian, industri 4.0, ICT.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []