EFFECT OF METHANOL LEAF EXTRACT OF ORTHOSIPHON STAMINEUS BENTH. ON HEPATIC DRUG METABOLIZING ENZYMES IN SPRAGUE DAWLEY (SD) RATS

2008 
Abstrak: Orthosiphon stamineus Benth. atau dikenali dengan nama tempatan sebagai Misai Kucing digunakan secara meluas di Malaysia untuk rawatan hipertensi, masalah sistem urinasi dan penyakit batu karang ginjal. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan in vitro ekstrak metanol O. stamineus ke atas aktiviti aminopirin N-demetilase, UDPglukuronosiltransferase (UGT) dan glutathione-S-transferase (GST) di dalam hati tikus jantan dan betina muda Sprague Dawley (SD). Hepatosit, mikrosomal dan fraksi sitosolik (fraksi S-9) daripada hati tikus jantan dan betina muda telah digunakan sepanjang eksperimen in vitro ini untuk menguji aktiviti aminopirin N-demetilase, UGT dan GST. Keputusan yang didapati menunjukkan ekstrak metanol O. stamineus tidak mempengaruhi aktiviti aminopirin N-demetilase di dalam hati tikus jantan dan betina SD kecuali pada 0.001 mg/ml (P < 0.05) pada tikus betina. Walau bagaimanapun, kebanyakan aktiviti UGT dan GST di dalam hati tikus jantan dan betina dikurangkan secara signifikan oleh ekstrak metanol O. stamineus terutamanya pada kepekatan yang lebih tinggi seperti 0.1 mg/ml dan 1 mg/ml jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Secara kesimpulan, kepekatan ekstrak metanol O. stamineus daripada 0.00001 mg/ml sehingga 0.0001 mg/ml tidak mempengaruhi aktiviti aminopirin N-demetilase, UGT dan GST di dalam hati tikus jantan dan betina muda SD. Kepekatan ekstrak metanol O. stamineus yang lebih tinggi daripada 0.0001 mg/ml mempunyai kesan yang lebih besar ke atas aktiviti UGT dan GST jika dibandingkan dengan aktiviti aminopirin N-demetilase di dalam hati tikus SD dan kesannya adalah berkadaran dengan dos. Kata kunci: Orthosiphon stamineus, Hati Tikus, Aminopirin, UGT, GST
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    24
    References
    2
    Citations
    NaN
    KQI
    []