Program peningkatan profesional : pemantap pegawai akademik institusi pengajian tinggi

2007 
Perubahan keperluan dan perkembangan dalam pasaran kerja kini menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai organisasi penjana tenaga kerja yang dinamik. Cabaran menghasilkan tenaga kerja professional yang berkualiti perlu ditangani oleh setiap entiti dalam institusi khasnya tenaga pengajar atau pegawai akademik yang dipertanggungjawabkan secara langsung untuk membentuk, memimpin dan melahirkan graduan yang barkualiti dan berdaya saing. Pegawai akdemik institusi pengajian tinggi perlu memberi tekanan dan tumpuan dalam tiga aspeks iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Bagaimanakah pegawai akademik mampu untuk terus maju dalam menghadapi cabaran untuk mendidik generasi akan datang dan memberi sumbangan dalam penyelidikan dan perkhidmatan profesional? Pegawai Akademik Universiti Putra Malaysia telah menyahut cabaran ini dengan merangka satu pendekatan untuk menangani isu ini secara keseluruhan dan program tersebut dikenali sebagai Program Peningkatan Profesional hasil penjenamaan semula Putra SATRIA. Program pembangunan yang dirangka merupakan inisiatif bagi profesion akademik dan merangkumi ketiga-tiga aspek penting pegawai akademik universiti iaitu pembangunan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Sejumlah kursus telah disenaraikan dalam program yang ditawarkan oleh Pusat Pembangunan Akademik. KursuS dalam program ini boleh diguna pakai untuk Kursus Induksi, Penilaian Tahap Kecekapan dan pemantapan kerjaya pegawai akademik UPM. la memberikan peluang kepada pegawai akademik untuk mengikuti program yang sesuai dengan tahap setiap individu dan dikendalikan oleh tenaga pakar dalaman universiti. Program sebegini perlu dilaksana oleh semua institusi pengajian tinggi Malaysia bagi menjamin pemilikan tenaga akademik yang cukup kompeten bagi mencapai hasrat melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []