Keberkesanan komunikasi kepemimpinan rukun tetangga memberi kepuasan serta komitmen dalam membentuk perhubungan dan perpaduan masyarakat

2010 
Terdapat empat objektif utama dalam kajian ini, iaitu persepsi komuniti setempat terhadap stail komunikasi kepemimpinan (bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan) Rukun Tetangga. Keduanya, mengenal pasti dimensi stail komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga yang paling berkesan mempengaruhi kepuasan dan komitmen (empati, berwawasan, berpasukan dan perkongsian) komuniti setempat. Ketiganya, kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman di dalam menjana keberkesanan komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga dari kacamata komuniti setempat. Keempat, perubahan yang boleh dilakukan bagi memperkasa semangat kerja yang dinamik dan efektif di kalangan Rukun Tetangga. Kajian ini dijalankan di kalangan komuniti setempat Rukun Tetangga di seluruh Semenanjung Malaysia. Data dalam kajian ini diperolehi daripada 2,716 responden, terdiri daripada komuniti setempat dalam Rukun Tetangga. Secara keseluruhannya, dari persepktif kepuasan komunikasi kepemimpinan ini mendapati elemen keterbukaan adalah yang tertinggi. Manakala elemen memberi sokongan merupakan elemen yang terendah. Secara keseluruhan terhadap keempat-empat aspek, didapati komitmen, empati merupakan aspek yang tertinggi. Manakala aspek terendah adalah berpasukan. Persepsi terhadap aktiviti RT, didapati item pendidikan tidak formal merupakan item tertinggi.Manakala item terendah adalah rekreasi Tai Chi. Di samping itu,item berjaya menerapkan nilainilai kewarganegaraan merupakan item tertinggi. Manakala item terendah adalah berjaya mewujudkan rasa kekitaan yang tulen. Kajian ini seterusnya mencadangkan, pemahaman serta pendedahan terhadap stail komunikasi kepemimpinan dalam Rukun Tetangga khasnya Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional pada amnya perlu diberikan sama ada melalui bahan bacaan,kursus, latihan, modul stail komunikasi kepemimpinan dengan meminta pandangan pakar serta konsultan yang bertauliah. Ini perlu dilakukan serta diselaraskan untuk meningkatkan kepuasan dan komitmen terhadap projek atau program Rukun Tetangga.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []