Masyarakat multietnik di Malaysia dan Britain
2009
Malaysia dan Britain merupakan dua negara yang amat berbeza
terutama jika dilihat dari aspek geografi, struktur sosial dan sistem
ekonominya. Bagaimanapun, di samping perbezaan-perbezaan yang
jelas ini terdapat sedikit persamaan antara kedua-dua negara iaitu dari
segi komposisi penduduknya yang bercorak multietnik. Apa yang
lebih menarik ialah tentang sejarah kewujudan masyarakat multietnik
di kedua-dua negara ini yang mempunyai sedikit perkaitan antara
satu sama lain jika dilihat dalam konteks peranan kolonial British itu
sendiri. Masyarakat multietnik di Malaysia terbentuk kerana kesan
daripada penjajahan British. Manakala di Britain pula, kewujudan
masyarakat multietnik adalah kerana British ingin menunjukkan
bahawa mereka mempunyai tanggungjawab sosial ke atas negara-
negara yang pernah mereka jajah. British memberikan peluang kepada
rakyat dari negara yang pernah mereka jajah untuk datang ke Britain
mengisi peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dan seterusnya
diberikan taraf kerakyatan iaitu sebagai warganegara British.
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
0
Citations
NaN
KQI