Jenis-jenis sumber pengetahuan guru Pendidikan Islam dalam penggunaan bahan bantu mengajar di Sekolah Bestari

2016 
Institusi pendidikan khususnya sekolah mempunyai peranan dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada pelajar. Perkhidmatan pendidikan yang disediakan itu mestilah melalui satu proses memberi dan menerima yang dipanggil sebagai pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dalam proses PdP, guru sangat berperanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan mempelbagaikan sumber dalam pengetahuan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sumber pengetahuan yang disediakan oleh pihak sekolah terhadap GPI dalam meningkatkan pengetahuan mereka dalam PdP. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam mendapatkan data melalui instrumen temu bual, pemerhatian, analisis dokumen, dan nota lapangan. Dapatan yang diperolehi menggunakan instrumen tersebut dianalisis secara “open coding” menggunakan perisian Nvivo 7.0. Kajian dilakukan terhadap Guru Pendidikan Islam (GPI), penyelia GPI, dan dua orang pelajar di bawah seliaan GPI. Hasil kajian menunjukkan bahawa GPI mampu untuk menjadikan segala kemudahan yang diberikan oleh sekolah sebagai sumber untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam PdP. Antara sumbersumber tersebut ialah peruntukkan kursus-kursus yang disediakan oleh sekolah, akses internet yang mencukupi, dan bahan rujukan seperti buku. Semua dapatan tersebut dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pentadbir untuk diaplikasikan oleh GPI untuk lebih berusaha dalam meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    6
    References
    1
    Citations
    NaN
    KQI
    []