Development of the Pelvic and Lower Limb Immobilization Device: A Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Innovation Project

2012 
Pendarahan tidak terkawal yang disebabkan kepatahan tulang pelvis menyumbang kepada morbiditi dan mortaliti berkaitan trauma. Tiga strategi utama yang telah digariskan untuk merawat keadaan ini adalah mengurangkan isipadu ruang pelvis dengan mewujudkan kesan tamponade, menghentikan pendarahan melalui kaedah angioembolisasi keatas salur darah besar, dan penstabilan tulang pelvis melalui fiksator luaran. Ini haruslah dimulakan seawal mungkin. Alatan prahospital yang mampu membenarkan kaedah diatas dilaksanakan akan banyak membantu didalam perawatan pesakit yang mengalami keadaan ini. Buat masa ini kebanyakan alatan atau kaedah yang digunakan di prahospital mempunyai keistimewaan mereka tersendiri namun tidak kurang juga terdapat beberapa kekangan. Bagi mengatasi masalah ini, satu senarai semak yang mengandungi ciri-ciri alatan yang sempurna telah dibangunkan. Sepasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyahut cabaran untuk merangka dan membina alatan perubatan berpandukan ciri-ciri tersebut. Projek dua fasa selama tujuh tahun telah dilaksanakan melibatkan kajian anthropometrik, biomekanikal, kadaver dan radiologikal dalam menghasilkan alatan yang diperlukan. Akhirnya BRIMTM Immobilizer, sebuah alatan perubatan yang mengimobilisasi pelvis dan anggota bawah terhasil. Ianya satu alat yang mesra pengguna, tahan lasak, kos efektif, lut sinar-x, ringan, dan boleh diguna-semula yang menjawab hampir seluruh persoalan alatan yang diperlukan untuk rawatan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    11
    References
    1
    Citations
    NaN
    KQI
    []