Sistem pengurusan pangkalan data infrastruktur berbantukan GIS untuk Kampus UiTM Pulau Pinang / Joe Davylyn Nyuin, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar and Dr. Shanker Kumar Sinnakaudan

2005 
Pengurusan infrastruktur di pusat pengajian tinggi memerlukan pemahaman yang teliti dan manipulasi berbagai maklumat daripada sumber yang berlainan. Sistem pengurusan infrastruktur yang bercirikan ruangan menjadikan Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah pilihan tepat untuk berfungsi sebagai sistem pengurusan pangkalan data. Laporan ini menerangkan perlaksanaan suatu projek pandu (pilot study) di Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang dengan pembangunan satu Sistem Pengurusan Infrastruktur Berbantukan GIS. Perisian Arc View GIS dan bahasa pengaturcaraan Avenue Script dan Dialog Designer telah dipilih untuk merekabentuk sistem tersebut. Konsep Pangkalan Data berhubungan (Relational Database) telah digunakan untuk menghubungkan data ruangan dan atribut bagi semua kemudahan infrastruktur di kampus. Menu bersifat mesra pengguna telah direkabantuk supaya membantu pengguna untuk memahami, memapar, membuat pertanyaan pangkalan data dan melakukan berbagai manipulasi data ruangan dan atribut dalam masa yang sama. Sistem Pengurusan Infrastruktur Berbantukan GIS telah dintegrasikan dengan Sistem Pengurusan Pentadbiran yang direkabentuk dalam satu lagi kajian yang berlainan untuk membentuk Sistem GeoCampus 1.0. Walaupun kajian ini telah dilaksanakan sebagai projek pandu dan masih memerlukan penambahbaikan yang berterusan, hasil kajian menunjukkan GIS mampu bertindak sebagai suatu sistem pengurusan infrastruktur kampus yang berkesan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []