Kesediaan guru-guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Kluang, Johor

2006 
Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah-Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana kesedian guru-guru bukan opsyen melaksanakan pengajaran ini berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran mengurus dan menyelenggara bengkel Kemahiran Hidup, sikap guru dan keberkesanan kursus yang dihadiri. Keseluruhan populasi diambil sebagai sampel kajian yang terdiri dari 34 orang guru bukan opsyen dan melibatkan 11 buah sekolah. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS 12 For Windows). Hasil kajian menunjukkan majoriti guru-guru bukan opsyen bersedia melaksanakan mata pelajaran Kemahiran Hidup walaupun mereka tidak mempunyai pengkhususan yang kukuh dalam mata pelajaran tersebut. Walaubagaimanapun, aspek pengetahuan dan kemahiran menunjukkan min penilaian kesediaan yang sederhana sehingga memberi kesan kepada pencapaian pelajar. Beberapa cadangan di beri bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru-guru bukan opsyen.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []