Taklid Mazhab Syafi’i di Malaysia: satu tinjauan dalam konteks maslahah perpaduan ummah / Mohd Hapiz Mahaiyadin dan Sumayyah Abdul Aziz

2020 
Artikel ini memfokuskan kepada hukum taklid dan keiltizaman orang awam dengan sesebuah mazhab fiqah khususnya mazhab Syafi’i di Malaysia. Meneliti persoalan tersebut, kajian ini menggunakan metod analisis kandungan dengan meneliti pandangan usuliyyin (ulama usul fiqah) mengenai hukum taklid mazhab. Kebanyakan usuliyyin menyatakan syarak hanya mewajibkan orang awam supaya merujuk kepada ahl alzikr (ulama) bagi mendapatkan penjelasan hukum tanpa terikat kepada sesebuah mazhab. Realiti di Malaysia menunjukkan kebanyakan hukum fiqah mazhab Syafi’i telah menjadi amalan lazim dalam ibadat, diadaptasi dalam kurikulum pendidikan asas Islam di sekolah rendah dan menengah termasuk dikanunkan dalam akta dan enakmen pentadbiran Islam negerinegeri. Keadaan sama berlaku di kebanyakan negara Islam. Lantaran itu, kajian ini merumuskan mazhab Syafi’i perlu menjadi panduan utama untuk pengamalan hukum syarak yang konsisten dalam kalangan awam. Bagi golongan ilmuan, mazhab ini boleh menjadi asas ilmiah bagi meneroka istifadah daripada pelbagai mazhab fiqah muktabar, untuk penyediaan keputusan fatwa semasa yang menjaga maslahah umat Islam. Justeru, kajian ini mendapati pendekatan yang mendokong asas perpaduan masyarakat di sebalik keiltizaman orang awam dengan mazhab Syafi’i di Malaysia lebih wajar diutamakan daripada pendekatan bebas mengikut fatwa pelbagai mazhab yang sukar dikawal. Demi meraikan kebebasan bermazhab, kajian ini tidak melarang para ilmuan agama beramal dengan fatwa selain mazhab Syafi’i asalkan dapat meraikan adab-adab ikhtilaf pendapat dengan harmoni.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []