Kesan realiti visual berasaskan terapi ke atas ketahanan berjalan dan kualiti hidup penghidap osteoarthritis lutut
2019
Realiti Virtual Berasaskan Terapi (RVBT) semakin popular dan giat digunakan dalam perkhidmatan rehabilitasi. Namun, bukti keberkesanan RVBT dalam kalangan penghidap Osteoarthritis (OA) lutut pada masa ini masih terhad. Kajian ini bertujuan menentukan kesan RVBT berbanding terapi senaman konvensional ke atas ketahanan berjalan dan kualiti hidup warga emas yang menghidap OA lutut. Kajian rawak terkawal ini melibatkan 44 peserta (min umur dan sisihan piawai = 66.32 ± 5.73 tahun) yang menerima RVBT (kumpulan kajian, n = 22) atau terapi senaman konvensional (kumpulan kawalan, n = 22) selama 45 minit pada kekerapan dua kali seminggu selama 12 minggu. Kesan terapi ke atas ketahanan berjalan diukur menggunakan ujian Berjalan Enam Minit (BEM), manakala perubahan kualiti hidup dinilai menggunakan soal selidik Short Form-36 (SF-36) versi Bahasa Malaysia. Analisis hasil kajian adalah secara pendekatan ‘intention to treat’, menggunakan ujian Mixed Model ANOVA. Hasil kajian menunjukkan kesan masa yang signifikan (p < 0.05) dan saiz kesan yang besar antara 0.43 dan 0.54 bagi semua pembolehubah susulan kedua-dua terapi. Peningkatan sebanyak 17% (kumpulan kajian) dan 18.9% (kumpulan kawalan) ditunjukkan dalam ketahanan berjalan. Manakala, skor komponen fizikal dan komponen mental SF-36 masing-masing meningkat sebanyak 37.8% dan 19.4% dalam kumpulan kajian, dan 45.7% dan 20.6% dalam kumpulan kawalan. Namun, kesan kumpulan dan kesan interaksi didapati tidak signifikan
(p > 0.05) dalam kajian ini. Kesimpulannya, RVBT adalah sebanding terapi senaman konvensional di dalam meningkatkan ketahanan berjalan dan kualiti hidup penghidap OA lutut. RVBT boleh dijadikan sebagai satu pilihan terapi bagi populasi ini.
Keywords:
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
0
Citations
NaN
KQI