Kurikulum bersepadu Orang Asli/Penan(KAP)- satupendekatan baru dalam pembangunan pendidikan komunitiOrang Asli/Penan

2007 
Kertas ini membicarakan pembangunan komuniti Orang Asli dari aspek pendidikan. Kurikulum bersepadu Orang Asli/Penan (KAP) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada awal tahun 2007 mempunyai hasrat memperkasakan pencapaian pendidikan Orang Asli/Penan yang sering dilaporkan tercicir dalam arus perdana. Kertas ini mengulas dan mengupas aspek atau elemen baru yang diketengahkan oleh kurikulum baru ini yang mempunyai elemen yang boleh mendaya upayakan pelajar Orang Asli/Penan, jika ianya dilaksanakan dengan sempurna. Sebagai satu kurikulum yang baru diperkenalkan, kertas ini juga menjelaskan ciri-cirinya serta sedikit mengenai perlaksanaan. Meneliti konsep KAP itu, ia mempunyai potensi untuk membentuk dan membina modal insan generasi baru Orang Asli/Penan di Malaysia agar kumpulan minoriti ini terus terbela dalam alunan prinsip Islam Hadhari.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []