FAKTOR PENDORONG PENCARIAN MAKLUMAT KANSER SERVIKS MENERUSI KOMUNIKASI INTERPERSONAL

2019 
Komunikasi interpersonal memainkan peranan yang penting dalam persepsi individu mengenai masalah kesihatan yang mungkin dialami kesan daripada pendedahan kepada media massa. Model Interaktif Perilaku Fishbein dan Cappella (2006) menyatakan bahawa keperluan untuk mengenal pasti faktor pendorong yang mendasari kesediaan individu untuk bertindak sama ada melakukan atau tidak melakukan perilaku tertentu. Oleh itu, persoalan yang timbul adalah apakah faktor yang mendorong wanita untuk mencari maklumat kanser serviks menerusi komunikasi interpersonal? Artikel konseptual ini hanya memberi tumpuan kepada perbincangan pencarian maklumat mengenai kanser serviks menerusi komunikasi interpersonal sahaja. Faktor-faktor yang mendorong pencarian maklumat kanser serviks meliputi demografi, pengaruh psikologi, pengalaman langsung dan tahap keperluan terhadap maklumat. Seterusnya, artikel ini dapat memberikan manfaat kepada pihak perancangan dan pelaksanaan kempen pencegahan penyakit dan promosi kesihatan yang memainkan peranan penting dalam melancarkan kempen komunikasi kesihatan terutamanya mengenai kanser serviks.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    1
    Citations
    NaN
    KQI
    []