SEASONAL OCCURRENCE OF THE POWDERPOST BEETLE, DINODERUS MINUTUS, IN THE PHILIPPINES

2008 
Filipina. Insidens Dinoderus minutus dinilai selama 24 bulan di Tapak Eksperimen Hutan Simpan Makiling (MFRES) yang terletak di Laguna dan selama 18 bulan di Tapak Eksperimen Kebun Kawayan (KFES), Rizal menggunakan perangkap lindung. Kelimpahan kumbang dikaji berbanding kandungan kanji, kandungan lembapan buluh, suhu, kelembapan relatif, aras tapak, hujan dan kelajuan angin. Data yang dikumpul diguna untuk membangunkan model bagi meramal kejadian kumbang pada buluh yang baru dipotong. Populasi kumbang paling tinggi dari Februari hingga awal Jun dan menurun atau hilang terus semasa musim hujan (Julai−Oktober). Kandungan kanji buluh, kandungan lembapan, suhu dan kelembapan relatif mempengaruhi kejadian D. minutus di MFRES manakala hanya kandungan kanji dan suhu mempengaruhi populasi di KFES. Perbezaan kejadian D. minutus di kedua-dua tapak dapat dijelaskan dengan baik melalui kandungan kanji. Bagaimanapun oleh sebab terdapat hubungan langsung antara suhu dan penghasilan kanji maka suhu boleh juga diguna untuk menentukan populasi kumbang. Hubungan faktor lain dengan kejadian kumbang di kedua-dua tapak adalah tidak begitu ketara. Pemantauan dengan perangkap lindung merupakan pilihan yang baik dalam menguruskan penuaian buluh untuk mengehadkan serangan kumbang bubuk.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    12
    References
    1
    Citations
    NaN
    KQI
    []