Sinergi Pembelajaran Pendidikan Islam Berasaskan Kaedah Pembelajaran Heutagogi-Mediamorphosis di Institusi Pengajian Tinggi: Synergy of Islamic Education Learning Based on Heutagogical-Mediamorphosis Learning Methods in Institutions of Higher Learning

2021 
Heutagogi merupakan alternatif pengajaran dan pembelajaran penentuan kendiri pelajar. Elemen pembelajaran strategi heutagogi ini dapat dizahirkan melalui pendekatan yang lebih harmonis iaitu penggabungjalinan antara penentuan kendiri pelajar dengan penggunaan media baharu (mediamorphosis) seperti facebook, twitter, instagram, whatssap dan youtube. Kaedah pelaksanaan pembelajaran berasaskan Heutagogi-Mediamorphosis di institusi pengajian tinggi membuktikan bahawa elemen pembelajaran penentuan kendiri pelajar dengan menggunakan media baharu adalah medium yang sentiasa menerima perubahan dan penambahbaikan. Ianya selari dengan keperluan dan kehendak Visi Pendidikan di Malaysia serta elemen penting bagi memacu perkembangan pesat dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran terutamanya di Institusi Pengajian Tinggi. Maka penulisan kertas kerja ini menggunakan metod kajian literatur secara umum terhadap lima puluh artikel dan hanya lima belas artikel sahaja yang mencapai objektif tema kajian. Akhirnya, tema-tema yang muncul berdasarkan analisis kandungan ialah meneroka, mencipta, kolaborasi, perkongsian, refleksi dan berhubung. Kesemua tema ini dapat memberi pendedahan kepada semua pemegang taruh dan institusi pengajian serta menjadi rujukan berkaitan sinergi pembelajaran Pendidikan Islam berasaskan Heutagogi-Mediamorphosis ini.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    25
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []