PEMBANGUNAN ASNAF DI SELANGOR MELALUI PROGRAM LATIHAN [THE DEVELOPMENT OF ASNAF IN SELANGOR BY TRAINING PROGRAMME]

2021 
Abstrak: Golongan asnaf adalah kumpulan kumpulan masyarakat yang seringkali dikaitkan dengan masalah dalam kehidupan seperti kemiskinan, kemelaratan, bebanan hidup dan kejahilan. Faktor kefakiran dan kemiskinan ini boleh mendorong mereka kepada terjebak dalam anasir yang tidak sihat dan merosakkan. Keadaan hidup mereka yang mendesak perlu dibantu dengan tujuan meringankan bebanan, mengeluarkan dari belenggu kefakiran dan kemiskinan. Bagaimanapun dalam masa yang sama mereka perlu diberi latihan agar dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan tidak lagi  bergantung kepada bantuan zakat. Artikel ini bertujuan menganalisis aspek pembangunan asnaf di Selangor melalui program latihan yang dilaksanakan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan menemubual Dr Hajah Adibah Binti Abd Wahab Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf LZS (MAIS) dan Timbalan Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf Encik Nurhisham Bin Shamsir bagi mendapatkan data tentang bentuk latihan yang diberikan kepada asnaf zakat di Selangor. Kajian mendapati LZS telah melaksanakan program-program pembangunan dalam bentuk Latihan, agar dapat membentuk peribadi asnaf di Negeri Selangor supaya keluar dari kepompong kemiskinan. Program dirangka secara khusus bagi tujuan membangunkan modal insan golongan asnaf fakir dan miskin melalui kursus dan latihan kemahiran. Ia meliputi aspek motivasi, sikap dan kekeluargaan dengan penekanan menerusi kursus-kursus kerohanian, tahsinul ibadah, tahsinul qiraat, kursus keibubapaan dan latihan-latihan berbentuk program pembangunan ekonomi, pembangunan institusi agama seperti masjid, surau dan sekolah. Menerusi pembangunan institusi LZS telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Anak Asnaf (Bait-Al Hasanah), Rumah Perlindungan Asnaf (Bait As Salam),  Rumah Penjagaan Orang Tua (Bait Al-Mawaddah) dan Pusat Latihan Asnaf Selangor (PLAS). Abstract: Asnaf is a group of people who are often associated with problems in life such as poverty, destitution, burden of life and ignorance. Poverty and destitution can lead them to get caught up in unhealthy and destructive elements. Their pressing living conditions need to be helped with the aim of lifting the burden, removing from the shackles of poverty and destitution. However, at the same time they need to be given training in order to get out of the cocoon of poverty and no longer depend on zakat assistance. This article aims to analyse aspects of asnaf development in Selangor through training programs implemented by the Lembaga Zakat Selangor or Selangor Zakat Board (LZS). This study uses a qualitative study design by interviewing Dr Hajah Adibah Binti Abd Wahab Head of Asnaf Development Division LZS (MAIS) and Deputy Head of Asnaf Development Division Encik Nurhisham Bin Shamsir to obtain data on the form of training given to zakat asnaf in Selangor. The study found that LZS has implemented development programs in the form of training, in order to shape the personal asnaf in the State of Selangor to get out of the cocoon of poverty. The program is specifically designed for the purpose of developing the human capital for the poor and needy through courses and skills training. It covers aspects of motivation, attitude and family with emphasis through spiritual courses, tahsinul ibadah, tahsinul qira’at, parenting courses and and trainings in the form of economic development programs, development of religious institutions such as mosques, suraus and schools. Through institutional development, the LZS has established a center of excellence for asnaf children (Bait-Al Hasanah), asnaf shelter (Bait As Salam), old people's care home (Bait Al-Mawaddah) and Selangor Asnaf Training Center (PLAS).
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []