Cabaran Pemantapan Hafalan Al-Quran Dalam Kalangan Para Hafiz Al-Quran: Satu Kajian Literatur

2018 
Para hafiz al-Quran mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Allah SW.T. Namun, ia bukanlah suatu kemegahan tetapi merupakan suatu amanah yang sangat berat untuk dipikul memandangkan terlalu banyak halangan yang terpaksa dilalui oleh para hafiz semata- mata mahu mengekalkan hafalan al-Quran di dada. Walau bagaimanapun. fenomena lupa hafalan al-Quran telah melanda kebanyakan para hafiz al-Quran yang berpunca daripada pelhagai aspek. Kajian ini dibuat menggunakan kaedah kajian kepustakaan yang melibatkan metode pengumpulan data dan penganalisisan data yang diperoleh melalui kajian-kajian lepas. Justeru itu, artikel ini ditulis bertujuan untuk mengenal pasti halangan-halangan dalam memantapkan hafalan al-Quran dalam kalangan para hafiz al-Quran. Dapatan awal mendapati bahawa terdapat empat cabaran utama bagi pemantapan hafalan al-Quran dalam kalangan, para hafiz al-Quran iaitu sikap, minat, pengurusan masa serta kaedah menghafaz al-Quran. Oleh itu, penulis mengharapkan agar satu kajian secara terperinci dan menyeluruh dapat dilakukan bagi mengenal pasti apakah halangan sebenar yang mempengaruhi kemantapan hafalan al-Quran dalam kalangan para hafiz al-Quran. Diharapkan agar kajian ini dapat membantu para hafiz al-Quran keluar daripada kemelut lupa hafalan al-Quran yang sering melanda golongan ini demi mencapai objektif pembelajaran tahfiz iaitu melahirkan para hafiz al- Quran yang mempunyai hafazan yang lancar dan mantap.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []