Peranan Wakaf Dalam Mendepani Pendemik Covid-19: The Role of Waqf in Combating Covid-19 Pandemic

2020 
Pendemik COVID-19 telah mencetuskan keadaan cemas dan mengusarkan di seluruh dunia serta ia memberi impak mendalam dalam aspek kesihatan, ekonomi dan sosial.  Cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia ialah dalam menyediakan Pelan Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat agar dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat. Persoalannya adakah hanya pihak kerajaan harus dipertanggungjawabkan dalam mendepani pendemik ini? Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menilai peranan wakaf dalam mendepani pendemik COVID-19 sebagai salah satu usaha bagi meringankan beban kerajaan Malaysia, serta mencadangkan kepelbagain jenis wakaf serta mekanisme pelaksanaanya dalam mendepani pendemik ini. Kaedah kualitatif dilakukan dengan menggunakan metodologi kepustakaan untuk mengumpul data. Manakala penganalisisan data menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan pengurusan tadbir urus wakaf berkesan tidak terhad kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku nazir am, malah peranannya diperluaskan kepada masyarakat sebagai nazir khas mahupun mutawalli dalam perkongsian tanggungjawab serta kepakaran bagi mendepani cabaran pendemik serta isu-isu berkaitan kesihatan di Malaysia, khususnya dalam penjanaan dana serta memupuk semangat kerjasama dan sukarelawan di kalangan masyarakat.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    5
    References
    2
    Citations
    NaN
    KQI
    []