Penggunaan unsur nilai estetika tradisional Kelantan dalam senibina kediaman kontemporari

2012 
Nilai estetika yang terdapat pada senibina tradisional negeri Kelantan mempunyai potensi yang tinggi untuk digunakan pada rekabentuk bangunan semasa terutama dalam usaha untuk mengekalkan identiti tempatan. Kajian untuk mengenal pasti unsur dan corak unsur ukiran kayu yang terdapat pada bangunan tradisional telah banyak dibuat di negeri Kelantan. Pengaruh nilai dan pengaruh persekitaran adalah di antara yang terdapat pada reka corak dan pelan rumah kediaman dan pada ukiran kayu tradisional. Di samping itu nisbah dan kadaran yang terdapat pada ukiran dan ruang umah kediaman juga mempengaruhi nilai estetika rumah tradisonal negeri Kelantan. Nilai estetika yang terdapat pada rumah tradisional bukan saja pada visualnya malah suasana landskap dan peliharaan ternakan juga merupakan unsur yang diambil kira dalam kesejahteraan kehidupan harian. Usaha mencari kaedah dan teknik aplikasi nilai seni tradisional akan dibincangkan dalam kertas kerja ini.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    1
    Citations
    NaN
    KQI
    []