The effects of rope and tyre training on cardiovascular fitness, peak power and body composition
2017
Journal of Sports Science and Physical Education 6(1): 53-67, 2017 - Latihan jeda berintensiti tinggi (HIIT) merupakan salah satu kaedah latihan yang semakin popular pada masa kini dan biasa digunakan oleh ahli sukan dan juga pengamal kecergasan untuk meningkatkan prestasi. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan latihan HIIT yang mengunakan tayar dan tali terhadap kecergasan kardiovaskular (KK), kuasa puncak (KP), dan komposisi tubuh (KT). Kajian ini adalah berbentuk Quasi-Eksperimental (Pretest-posttest Nonequivalent Comparison). Seramai 52 orang belia lelaki dengan purata umur 22.67 ± 0.92 tahun secara sukarela telah terlibat dalam kajian ini. Peserta kajian telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan ekperimen. Intervensi telah dijalankan selama lapan minggu dengan kekerapan tiga kali seminggu, dan setiap sesi latihan mengambil masa selama 20 minit. Selepas tamat lapan minggu, analisis ANCOVA telah menunjukkan bahawa dengan melaraskan skor ujian pra sebagai kovariat, skor pasca bagi tahap KK dan KP kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi dan berbeza secara signifikan dengan skor dari kumpulan kawalan dengan nilai, F (1, 49) = 83.85, p = 0.001, dan F (1, 49) = 7.43, p = 0.009. Manakala skor pasca bagi KT tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan ekperimen dan kumpulan kawalan dengan nilai F (1, 49) = 2.05, p = 0.158. Kesimpulannya, latihan menggunakan tayar dan tali yang dijalankan selama lapan minggu berkesan untuk meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular dan kuasa dalam kalangan belia lelaki, namun begitu latihan ini tidak berkesan untuk menurunkan peratus lemak badan.
____________________________________________________
High-intensity interval training (HIIT) is one of the most popular training nowadays and is commonly used by sportsmen as well as fitness practitioners to improve performance. The aim of this study was to determine the effects of HIIT training using tires and ropes on cardiovascular fitness, peak power, and body composition. This study used a Quasiexperimental (pretest-posttest Nonequivalent Comparison) design. A total of 52 male with an average age of 22.67 ± 0.92 years voluntarily participated in this study and were divided into two groups, experimental and control group. The intervention was conducted for 20 minutes per session, three times a week, and for eight weeks. After eight weeks of training, ANCOVA analysis showed by adjusting the pre-test scores as a covariate, the post-test score of the cardiovascular fitness and peak power for the experimental group was significantly higher compared to the control group, F (1, 49) = 83.85, p = 0.001, and F (1, 49) = 7.43, p = 0.009. Meanwhile, no significant difference was seen for the post-test score of body composition between control and experimental group, F (1, 49) = 2.05, p = 0.158. The results of this study suggested that eight weeks of tires and ropes exercise are effective for increasing cardiovascular fitness and peak power levels, but not in reducing the percentage of body fat among young male.
Keywords: Functional training, physical fitness, resistance training
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
2
Citations
NaN
KQI