Fiqah siber: Panduan, adab dan etika di dalam dunia maklumat / Mohd Ikhsan Md Raus …[et al.]

2013 
Perkembangan ICT (Information, Communication & Technology) melalui internet menjadi faktor utama manusia mudah mendapat maklumat dan informasi yang diperlukan pada bila-bila masa sahaja, samada yang baik mahupun yang buruk, khususnya melalui laman media social, Facebook. Dunia maklumat tanpa sempadan ini seringkali disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika, tanpa mengira hukuman atau impak yang bakal diterima di dunia, apatah lagi memikirkan kesan dan akibat di akhirat kelak. Gejala seperti fitnah memfitnah sesama manusia, mendedahkan aurat, menghina dan memalukan pihak lain, menipu ketika berniaga secara talian di laman sosial dan lain-lain perkara yang boleh meruntuhkan masyarakat merupakan satu budaya yang sudah tidak dapat dibendung lagi di zaman sekarang. 274 set soalan telah diedarkan kepada pelajar UiTM Pahang untuk mengukur tahap kesedaran mereka terhadap perkara-perkara yang tidak diingini seperti jenayah siber, bunuh diri, ganguan seksual, kecurian maklumat diri dan cetak rompak. 78% daripada mereka sedar terhadap risiko yang bakal dihadapi sekiranya mereka mendedahkan maklumat peribadi di Facebook. Kertas kerja ini membincangkan adab dan etika mengikut Quran dan Sunnah yang perlu diikuti dan dijadikan panduan ketika berhubung atau menggunakan internet di dalam memastikan tiada unsur pelanggaran aqidah. Panduan yang disediakan memberikan kupasan terhadap dalil dan nas yang telah dipersetujui oleh para ulama' mu'tabar dalam menyatukan ummah di samping penerapkan unsur wasatiyah Islam dalam kehidupan selaras dengan wawasan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []