Corak perbelanjaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN): kajian kes di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Zon Utara (Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Normala Ismail ... [et al.]
2003
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenai pasti secara empirik corak perbelanjaan wang
PTPTN di kalangan para pelajar di UiTM Zon Utara Kampus Bukit Mertajam, Kampus
Sungai Petani dan Kampus Arau. Penyelidikan ini merupakan suatu kajian lapangan
berdasarkan kepada kajian keratan rentas. Kajian ini menggunakan analisis regresi
ekonometrik, teknik deskriptif, ujian - t dan analisis varians berasaskan kaedah Statistical
Package For Social Sciences (SPSS). Penyelidikan mengkategorikan perbelanjaan wang
PTPTN pelajar kepada dua -kumpulan iaitu pelajar merancang dan pelajar tidak
merancang. Wang PTPTN dibelanjakan oleh pelajar untuk akademik wajib, akademik
tidak wajib dan perbelanjaan persendirian. Hasil analisis berganda mendapati bahawa
perbelanjaan persendirian merupakan faktor paling dominan mempengaruhi jumlah
keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN pelajar merancang dan tidak merancang. Hasil
analisis varians pula menunjukkan jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN bagi
pelajar merancang dan tidak merancang berbeza atas tiga faktor yang sama iaitu kampus
cawangan UiTM, bahagian pengajian kini dan program pengajian. Adalah diharapkan
hasil penyelidikan ini dapat membantu pihak pengurusan UiTM Zon Utara merangka
pelan tindakan yang bersesuaian serta membina kesedaran di kalangan para pelajar
terhadap penggunaan wang PTPTN.
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
0
Citations
NaN
KQI