Kerjasama Antara Ibubapa Dan Pihak Sekolah Dalam Mendidik Murid-murid Islam: Tinjauan Terhadap Murid-murid Sekolah Kebangsaan Usj 2 Subang Jaya, Selangor

2002 
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam mendidik murid-murid Islam di Sekolah Kebangsaan USJ2, Subang Jaya, Selangor. Instrumen yang digunakan adalah kuantitatif dan kualitatif dengan teknik soal selidik dan temubual. Soal selidik diambil dari 100 sampel yang mewakili populasi murid-murid di Sekolah Kebangsaan USJ. Antara persoalan yang dibincang dalam kajian ini adalah mengenai masalah yang duhadapi oleh pihak sekolah dan ibubapa dalam pendidikan islam, mengenalpasti tahap kefahaman dan kesedaran ibubapa tentang kesedara npendidikan islam dalam pendidikan anak-anak, mengenal pasti komitmen murid-murid terhadap pendidikan Islam samada di waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan, dan akhir sekali mendapatkan maklumbalas dan idea dari pihak terlibat untuk meningkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam. Analisa masalah yang duhadapi oleh ibu bapa dan sekolah dibuat berdasarkan latar belakang keluarga yang berbeza, kebolehan membaca dan menulis jawi dan tahap pembelajaran, pembacaan al-quean di kalangan murid-murid. Skop yang lain ialah mengenai penglibatan ibu bapa dan murid-murid dalam aktiviti keagamaan yan dianjurkan oleh pihak sekolah. Hasil kajian mendapati ibu bapa dan guru banyak memberi pengaruh ke atas cara hidup murid-murid. Untuk rujukan atau sumber bagi pendidikan islam, murid-murid lebih bergantung kepada guru di sekolah berbanding ibubapa mereka sendiri. Berdasarkan penemuan dari kajian ini, usaha patutlah diambil segera oleh pihak yang bertanggungjawab bagi meningkatkan lagi tahap kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam mendidik murid-murid Islam.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []