Perkongsian pengetahuan di kalangan industri kecil dansederhana di Malaysia

2003 
Menjelang abad ke-21, ekonomi dunia semakin bergerak kearah ekonomi yang berbentuk pengetahuan. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam membangunkan modal insannya. Oleh itu adalah tidak keterlaluan menyatakan bahawa salah satu asset utama dalam syarikat adalah pengetahuan yang diuruskan oleh syarikat itu. Dalam menguruskan pengetahuan, perkongsian pengetahuan antara pekerja semakin dilihat sebagai salah satu aktiviti utama pengekalan pengetahuan di peringkat syarikat dan menjaga keupayaan persaingan syarikat. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan dalam industri pembuatan. Sebanyak 800 soal selidik tleah dihantar keseluruh negara dengan penumpuan kepada zon perindustrian di kawasan selatan, tengah dan utara. Walau bagaimanapun bilangan yang dipulangkan untuk analisis ialah sebanyak 258 atau 32.23%. Tahap perkongsian pengetahuan diukur dengan menggunakan instrumen yang dihasilkan oleh Gross (2001). Kajian mendapati bahawa tahap perkongsian pengetahuan di IKS di Malaysia adalah di peringkat sederhana. Faktor-faktor yang dikenalpasti ialah budaya, struktur organisasi, kepimpinan, teknologi dan insentif. Walau bagaimanapun hasil analisis menggunakan analisis regresi berbilang menunjukkan hanya dua faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan di IKS di Malaysia iaitu teknologi dan kepimpinan. Cadangan juga diberikan pada akhir kajian ini.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    3
    Citations
    NaN
    KQI
    []