Teknologi penyejukan dan penyamanan udara untuk pengudaraan masjid di Malaysia: tinjauan dalam konteks peradaban Islam
2020
Masjid yang lestari dan mesra pengguna adalah simbol kepada kesederhanaan
dan menjadi contoh sebagai model ikutan dalam mengelakkan pembaziran dan
kemusnahan alam serta mencerminkan kegemilangan sesuatu tamadun daripada
aspek sains dan teknologi. Kajian telah dilakukan di Masjid Negeri Pulau Pinang
bagi menilai kesan penggunaan teknologi penyejukan dan penyamanan udara
daripada aspek keselesaan terma dalaman dan penggunaan tenaga elektrik. Dua
model kajian digunakan iaitu Model Asas (MA) dan Model Pengoptimum (MPO)
yang diuji di lapangan sebenar dan turut mengambil kira tahap penerimaan terma
rasa responden. Suhu bilik bagi Model MA dilaras pada operasi normal iaitu
22±0.5°C manakala Model MPO diuji pada suhu bilik neutral 26±0.5°C dengan
beza kenaikan sebanyak 4K. Hasil keputusan mendapati Model MPO berupaya
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 25% tanpa mengabaikan tahap
keselesaan terma Jemaah. Hal ini dibuktikan melalui soal selidik dan maklum balas oleh 812 orang jemaah yang berada dalam suasana persekitaran kedua-dua model
ini. Penemuan membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengurusan dan operasi
berhemah, penggunaan tenaga elektrik untuk teknologi penyejukan dan penyamanan
udara dapat dijimatkan. Ini selaras dengan anjuran al-Quran dan Sunnah untuk
masjid lestari dan sebagai contoh ikutan bagi bangunan lain.
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
0
Citations
NaN
KQI