Tahap pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak prasekolah mengikut perspektif ibu bapa

2020 
Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak prasekolah mengikut perspektif ibu bapa. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu kaedah kajian tinjauan. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah, iaitu seramai 333 orang yang terdiri daripada ibu bapa kanak-kanak prasekolah di lima buah sekolah di daerah Klang. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Data dianalisa dan dihuraikan berdasarkan kekerapan dan peratus. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan amalan kebersihan diri ialah tahap bagus, manakala sikap terhadap kebersihan diri ialah tahap sederhana. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi pengetahuan dan kesedaran kepada ibu bapa dan penjaga dalam amalan kebersihan diri supaya kanak-kanak terhindar daripada penyakit dan kanak-kanak lebih sihat dan bersih. The aim of this study is to survey knowledge, attitude and practice of personal hygiene among preschoolers based on their parents’ perspective. The research design used quantitative which is a survey. Samples were chosen using simple random sampling technique. This study involved 333 samples whom are preschoolers’ parents in five schools in Klang district. The questionnaire is the only instrument for this research which have good reliability and validity. Data analyzed and elaborated using frequency and percentage. The result shows that knowledge and practice of personal hygiene are at good level, while attitude towards personal hygiene is at moderate level. Overall, this paper gave knowledge and awareness to parents and guardians in terms of personal hygiene in order to children from diseases and keeping them more healthy and clean.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []