Pengurusan Pendapatan Tidak Patuh Syariah di Bank Muamalat Malaysia Berhad: Management of Shariah Non-Compliance Income in Bank Muamalat Malaysia Berhad

2018 
Pendapatan tidak patuh Syariah merupakan istilah baharu dalam kontek sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia. Pendapatan tidak patuh Syariah merujuk kepada apa-apa jenis harta yang diperolehi hasil daripada transaksi yang bertentangan dengan syariat Islam seperti riba, judi dan rasuah, atau kerana percampuran antara aktiviti yang dibenarkan oleh syarak dengan yang sebaliknya. Sesuatu isu Syariah yang dilaporkan akan melalui beberapa proses sebelum ianya disahkan sebagai tidak patuh Syariah sebenar atau sebaliknya oleh Jawatankuasa Syariah institusi kewangan Islam (IKI). Sekiranya isu yang dilapor dan disahkan sebagai tidak patuh Syariah yang sebenar oleh Jawatankuasa Syariah serta melibatkan kerugian kewangan, IKI perlu menyalurkan pendapatan tersebut kepada badan-badan kebajikan untuk kegunaan umum. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah pelaporan, kejadian, pendapatan serta pengurusan pendapatan tidak patuh Syariah di Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Data kajian diperoleh daripada sumber primer seperti wawancara dengan pegawai BMMB. Di samping itu, dokumen polisi Bank Negara Malaysia (BNM) turut digunakan sebagai garis panduan utama yang menjadi penanda aras dalam menentukan sesuatu kejadian tidak patuh Syariah.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    2
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []