Serangan Atteva sciodoxa (ulat harimau) pada tanaman tongkat ali di hutan dan ladang Semenanjung Malaysia

2015 
Pemantauan kesihatan tongkat ali telah menemukan Atteva sciodoxa (Ulat harimau) adalah musuh utama tanaman ini. Walau bagaimanapun status serangan perosak ini pada tanaman tersebut masih belum diketahui secara kuantitatif. Tujuan pemantauan ini dijalankan adalah untuk menilai kehadiran dan tahap serangan ulat harimau ke atas pokok tongkat ali di hutan dan di ladang. Sebanyak 28 petak kajian tongkat ali di Semenanjung Malaysia telah dipilih dalam program ini yang terdiri daripada 13 kawasan hutan, 9 ladang selingan dan 6 ladang monokultur. Sejumlah 30 pokok bagi setiap petak kajian dipilih secara rawak dan dinilai. Kehadiran ulat harimau pada setiap pokok direkodkan. Peratus kehadiran perosak tersebut dikira berdasarkan bilangan pokok diserang perosak tersebut didalam petak kajian dan tahap keseriusan serangan perosak di nilai melalui pendekatan “Damage Severity Index” (DSI). Lima kategori kerosakan ditetapkan iaitu tahap 0: tiada kerosakan, 1: 75% kerosakan daun. Hasil pemantauan mendapati kebanyakan ladang telah ditinggalkan dan tidak diuruskan dengan baik. Kehadiran ulat harimau pada tanaman tongkat ali di dapati berlaku di semua petak kajian terpilih sama ada di hutan atau ladang dengan kadar keseriusan yang berbeza. Purata kehadiran ulat harimau pada tanaman tongkat ali di kawasan hutan adalah sebanyak 16.67% dengan nilai terendah adalah 3.33% dan tertinggi adalah 83.33% . Di ladang selingan pula, purata kehadiran ulat harimau pada tanaman tersebut adalah 25.92% (Min. 3.33% dan mak. 80.00%). Manakala, purata kehadiran perosak tersebut di ladang tongkat ali monokultur adalah 50.56% (Min.16.67% dan mak. 86.7%) . Keputusan DSI pula menunjukkan, tahap keseriusan serangan ulat harimau pada tanaman tongkat ali di kawasan hutan adalah 32.69%, di ladang selingan adalah 33.33% dan di ladang monokultur adalah 58.33% kerosakan. Pemantauan ini menunjukkan serangan ulat harimau boleh berlaku pada tongkat ali sama ada di kawasan hutan atau ladang. Di ladang, penjagaan dan pengurusan yang baik dapat membantu dalam mengawal serangan ulat harimau ini.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []