KAJIAN IMPAK PROGRAM KING’S COLLEGE LONDON (KCL)

2012 
Kajian impak ini dilakukan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan pandangan 120 pemimpin-pemimpin pelapis SKK yang telah mengikuti kursus jangka pendek selama 2 bulan di King’s College London (KCL) pada tahun 2007, 2008 dan 2009. Pengumpulan data kajian dilaksanakan melalui soal-selidik, temu bual dan analisis dokumen. Seramai 47 orang terlibat dalam kajian rintis dan 50 orang terlibat dalam kajian sebenar, bagi menjawab soal-selidik hujung tertutup dan hujung terbuka. Seramai 19 orang peserta dilibatkan dalam sesi temu bual. Dapatan kajian menunjukkan peserta berpuas hati dengan keseluruhan aspek Program KCL ini. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan dari segi (1) Pengetahuan dan kefahaman, (2) Kemahiran kepimpinan, (3) Kemahiran pengurusan, (4) Kemahiran maklum balas dan (5) Kemahiran kendiri, bagi peserta sebelum menghadiri Program KCL berbanding selepas program ini diselesaikan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa aspek (1) Kepimpinan dan pengurusan pendidikan serta (2) Nilai, merupakan dua perkara yang paling dominan dalam Program KCL yang dilihat oleh peserta dapat membantu mereka memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pengetua sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan peserta-peserta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang mereka peroleh selepas menghadiri Program KCL. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kelebihan Program KCL ini adalah berfokus kepada (1) Pengetahuan dan kemahiran yang mereka peroleh dan (2) Program School Placement.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []