PERANAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) AKIBAT PANDEMIK COVID-19 : THE ROLE OF JOHOR STATE ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO) DUE TO COVID-19 PANDEMICS

2021 
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah ditubuhkan pada tahun 1925 di bawah kuatkuasa Bahagian IV, Bab XV, Lembaga Aturan Bagi Pemerintahan Raja. Terdapat fungsi awal dan fungsi utama bagi MAIJ. Fungsi awal MAIJ ialah menguruskan hal ehwal agama, memberi khidmat nasihat mengenai adat istiadat Raja, memberi pelajaran / pendidikan kepada kerabat Di Raja dan menguruskan kebajikan masyarakat Islam. Manakala, fungsi utamanya ialah menguruskan dan mentadbir Kumpulan Wang Zakat & Fitrah dan mengagihkan mengikut asnaf, mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang / Harta Baitulmaldan Kumpulan Wang Wakaf sebagai Pemegang Amanah Wakaf. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis jenis-jenis bantuan dan sumbangan Covid-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. Kajian ini adalah kajian kualitif dengan reka bentuk analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Johor memberi bantuan kepada orang yang memerlukan dengan jumlah yang ditetapkan beserta jumlah penerima supaya selaras dengan belanjawan. Kajian ini menyenaraikan jenis sumbangan beserta jumlah wang bantuan sebagai rujukan untuk penerima sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []