Asas sumber-sumber zakat di Malaysia: satu penerokaan / Arifin Md. Salleh ... [et al.]

2006 
Kajian ini merupakan satu usaha awal meneroka sumber-sumber zakat yang ada di Malaysia. Motivasi menjalankan kajian ini adalah dalam usaha memahami akan keperluan pemeluasan zakat memandangkan zakat merupakan tunggak ekonomi umat Islam. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan, seminar, tinjauan dan menemuduga mereka yang pakar dan berautoriti dalam bidang zakat. Responden terdiri daripada tujuh Jabatan Mufti, lima ahli akademik dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Wilayh Persekutuan. Data yang diperolehi telah menjawab objektif kajian. Pertama, mengenalpasti sumber-sumber zakat yang sedia ada di Malaysia iaitu sumber zakat tradisi dan penambahan sumber zakat yang baru seperti zakat KWSP, saham dan pendapatan. Kedua, kesemua negeri melaksanakan fatwa zakat pendapatan pada tahun 1997 kecuali Negeri Perak. Ketiga, majoriti responden berpendapat syarikat PETRONAS wajib mengeluarkan zakat berdasarkan objektif penubuhannya adalah untuk mendapat keuntungan. Keempat, responden juga bersetuju memperluaskan pentafsiran harta yang dikenakan zakat sehingga merangkumi semua jenis harta yang memenuhi syarat-syarat umum. Hasil kajian ini dapat memberikan indicator kepada pihak yang berautoriti agar pro aktif dan menjalankan kajian yang berterusan atas sumber-sumber zakat baru di Malaysia.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []