Pemodelan matematik dalam pengurusan Aktiviti Pelancongan Rekreasi di Wetland Putrajaya(Mathematical modelling approach to the management of recreational tourism activities at Wetland Putrajaya)

2012 
Satu model matematik dibina bagi menilai pengurusan aktiviti pelancongan rekreasi di Wetland Putrajaya. Kajian ini menggunakan kaedah pengaturcaraan gol (PaG) dan perisian LINDO 6.1.untuk menyelesaikan masalah pelbagai objektif bagi memaksimumkan anggaran keuntungan aktiviti dan bilangan peserta yang terlibat. Tujuh aktiviti di Wetland Putrajaya yang terletak di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya telah dipilih sebagai kes kajian. Data dan maklumat rekod tahun 2008 dijadikan sebagai anggaran untuk kos dan bilangan peserta. Hasil kajian mendapati pihak Wetland Putrajaya boleh mencapai keuntungan lebih 40% daripada jumlah kos dan matlamat untuk memaksimumkan bilangan peserta bagi aktiviti yang terlibat juga tercapai.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []