Pengaruh Leksis Peripheral Sanskrit dalam Bahasa Dusun: The Influence of Peripheral Sanskrit Lexis in Dusun Language

2018 
Bahasa Dusun merupakan di antara bahasa etnik yang utama di negeri Sabah. Kini ianya bukan sahaja dituturkan oleh etnik Dusun malah masyarakat daripada etnik lain juga mempelaj/ari dan menuturkan bahasa ini. Kajian ini memfokus kepada penelitian pengaruh bahasa Sanskrit ke atas leksis bahasa Dusun. Penulis akan meneliti leksis bahasa Dusun dan menyenaraikan kosa kata Sanskrit yang diserapkan ke dalam bahasa Dusun. Penulis juga akan membicarakan bagaimana pengaruh bahasa Sanskrit wujud dalam kalangan masyarakat Dusun serta perubahan fonem dalam leksis Sanskrit setelah kosa kata tersebut diterima pakai sebagai perbendaharaan kata bahasa Dusun. Penulis dalam kajiannya mendapati kosa kata serapan leksis Sanskrit yang sering digunakan sahaja disenaraikan dalam ka//mus >, contohnya leksis “ basa’ (Dusun), baca (Melayu) adalah serapan daripada leksis Sanskrit ‘Vaca’. Terdapat juga beberapa kosa kata dalam bahasa Dusun yang berasal daripada serapan leksis Sanskrit tidak disenaraikan  ke  dalam kamus tersebut akan tetapi digunakan dalam komunikasi harian dikalangan masyarakat Dusun. Contohnya perkataan ‘Agama’ adalah kosa kata pinjaman penuh daripada leksis Sanskrit. Kajian ini tertumpu kepada beberapa contoh leksis Sanskrit yang diasimilasi ke dalam bahasa Dusun. Metodologi kajian ialah kajian perpustakaan dengan merujuk buku-buku atau dokumen tatabahasa yang berkaitan. Kaedah temu bual juga digunakan untuk mengesahkan penggunaan kata serapan Sanskrit ke dalam bahasa Dusun yang tidak didokumentasikan tetapi digunakan dalam komunikasi harian masyarakat Dusun. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya pengaruh langsung daripada leksis Melayu ke dalam bahasa Dusun yang telah sedia mengadaptasi leksis Sanskrit. Ini kerana keseluruhan alam Melayu merupakan kawasan penyebaran bahasa Melayu sebagai lingua franca. Rumusan kajian menunjukkan bahasa Dusun yang merupakan bahasa yang letaknya dalam rumpun Austronesia, merupakan bahasa yang hidup dan fleksibel serta dapat menerima kata serapan yang datang daripada keluarga bahasa lain. Penyerapan leksis bahasa Sanskrit bukan sahaja memperkayakan lagi kosa kata bahasa Dusun malah menjadikannya sebagai bahasa berilmu yang setara dengan bahasa-bahasa utama di dunia. ABSTRACT The Dusun language is among the main indigenous languages ​​in Sabah. Today, Dusun is not only spoken by ethnic Dusuns but people from other ethnic groups also learn and speak this language. This study focuses on the study of the influence of the Sanskrit language on the lexicon of the Dusun language. The authors will examine the Dusun lexicon and list words which have Sanskrit influence. The authors will also discuss how the influence of Sanskrit exists among the Dusun community as well as phonemic changes in the Sanskrit word after it is is adopted into Dusun vocabulary. In their study, the authors found that only the most common Sanskrit absorbed into Dusun that make it into the Kadazan-Dusun-Malay-English dictionary. For example, the lexis “basa” (Dusun), “baca” (Melayu) was borrowed from Sanskrit “vaca”. There are also some vocabulary in Dusun language that are derived from the Sanskrit but not listed in the dictionary and yet they are used in daily communication among the Dusun community. For example, the word ‘agama’ is a complete loan from Sanskrit. This study focused on several examples of Sanskrit assimilated in the Dusun language. This study utilized reference materials i.e. relevant books and grammar documents. The interview method was also used to confirm the Dusun words with Sanskrit influence are in effect present in Dusun daily conversation. The findings show that there is direct influence of Malay lexicon in Dusun which readily adapts Sanskrit. This is not strange because historically the whole Malay Archipelago had Malay as its lingua franca. More importantly, the study shows that Dusun is a flexible and living language that can accept, absorb, and adapt to other language families. The influence of Sanskrit lexicon in Dusun enriches the Dusun language and places it at par with other major languages of the world.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    1
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []