Pengaruh Kecerdasan Emosional dengan Organizational Citizenship Behavior (OCB) dalam Kalangan Pegawai Sumber Manusia: Relationship between Emotional Intelligence on Organizational Citizenship Behavior (OCB) among Human Resource Officers

2021 
Kecerdasan emosi memainkan peranan penting bagi seseorang yang bergelar pemimpin. Kecerdasan emosi bukan sahaja membantu mewujudkan hubungan sosial yang positif malah menjamin kualiti kesejahteraan dalam kalangan pekerja bawahan untuk mengelakkan konflik serta salah faham dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Ini kerana kegagalan membendung situasi tersebut akan membawa impak yang lebih negatif terhadap organisasi dan individu sekiranya ia tidak diatasi secara proaktif. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap serta hubungan antara kecerdasan emosional dan tingkah laku kewargaan dalam kalangan pegawai sumber manusia di 17 buah organisasi. Sejumlah 94 set soal selidik diedarkan kepada responden yang dipilih melalui persampelan bertujuan dan persampelan mudah. Analisis deskriptif menunjukkan hasil kajian terhadap tahap kecerdasan emosi dan tahap ocb. Manakala analisis korelasi membuktikan terdapat hubungan yang signifikan dengan r= 0.62 di antara kecerdasan emosi dan tingkah laku kewargaan organisasi. Justeru kajian ini telah menunjukkan bahawa kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku kewargaan organisasi.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    24
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []