Sikap Pelajar Sekolah Menengah Teknik Shah Alam Terhadap Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera

2001 
Kajian tinjauan untuk meninjau sikap pelajar Sekolah Menengah Teknik Shah Alam terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera (PKJ). Pengkaji telah membentuk sepuyluh persoalan kajain yang meliputi aspek latarbelakang responden, matapelajaran berbentuk teknikal yang baru dipelajari, pengetahuan awal dalam bidang teknikal, pengalaman dalam bidang teknikal, minat terhadap matapelajaranteknikal, keyakinan dalam kehidupan, perbezaan sikap pelajar terhadap matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera dari segi jantina dan perbezaan sikap pelajar terhadap matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera dari segi pekerjaan ibubapa atau penjaga. Satu set soal selidik yang dibentuk bersesuaian dengan persoalan kajian diedarkan kepada 150 orang responden bagi tujuan untuk mendapatkan data-data mentah. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan program SPSS for Windows verso 9 dengan kaedah statistik. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar bersikap sederhaana terhadap matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera dari aspek matapelajaran berbentuk teknikal yang baru dipelajari, pengetahuan awal dalam bidang teknikal, pengalaman dalam bidang teknikal dan keyakinan terhadap matapelajaran teknikal.namun begitu, para pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera dari aspek kepentingan dan kegunaan matapelajaran teknikal dalm kehidupan. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa sikap pelajar terhadap metapelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera adalah sederhana. Akhir sekali, hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan sikap pelajar terhadap matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera dari segi jantina dan tidak terdapat perbezaan sikap pelajar terhadap matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera dari segi pekerjaan ibubapa atau penjaga.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []