Pendekatan brief counselling untuk kelompok salah penyesuaian psikologi

2009 
Penyesuaian boleh mencetuskan masalah kepada manusia kerana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tertentu, manusia perlu berubah. Masalah yang biasa dialami oleh manusia terbahagi kepada dua kategori, iaitu masalah yang berkaitan dengan diri individu sendiri dan masalah yang berkaitan dengan orang lain. Kategori masalah ini merupakan maksud kepada masalah penyesuaian dalam kehidupan manusia. Masalah individu yang dimaksudkan di sini termasuk masalah mengawal tabiat diri, menangani perasaan kesunyian, menangani kesalahan yang telah dibuat dan mempelajari menghormati diri sendiri. Masalah yang berkaitan dengan orang lain pula melibatkan berbuat baik kepada orang lain, mengikut arah kelompok tertentu yang berkaitan dengan individu, membina persahabatan yang intim dan menghadapi ketidakselesaan dalam kehidupan dengan orang lain. Penyesuaian dianggap sebagai sumber penyelesaian masalah yang boleh melahirkan proses intelektual seperti persepsi, pembelajaran, memori dan penguasaan kemahiran. Ianya juga boleh melibatkan emosi seperti stres, marah, takut,bimbang, tertekan, bersalah,malu, kecewa, ugutan dan konflik.Keadaan ini dinamakan salah penyesuaian.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []