Tahap Kepuasan Pelajar Antarabangsa Terhadap perkhidmatan Sokongan Di Utm

2010 
Kajian ini mengkaji tahap kepuasan pelajar antarabangsa terhadap perkhidmatan sokongan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seramai 163 orang responden dalam kajian ini dengan 66 orang responden prasiswazah dan 97 siswazah. Data-data dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden berpuas hati terhadap perkhidmatan sokongan di UTM. Kepuasan pelajar paling tinggi ialah kepuasan terhadap interaksi dengan pensyarah, diikuti dengan penilaian keatas kandungan kursus dan penilaian tugasan. Kepuasan paling rendah ialah kepuasan terhadap interaksi dengan rakan sekelas. Hasil kajian menunjukkan pelajar menghadapi masalah komunikasi dengan rakan dan pensyarah, kandungan kursus, budaya, bahasa, kos hidup dan kewangan. Bagi aspek keperluan pelajar pula, perkhidmatan yang paling diperlukan ialah perkhidmatan perpustakaan diikuti dengan perkhidmatan selepas belajar dan perkhidmatan komunikasi. Perkhidmatan yang kurang diperlukan ialah perkhidmatan pentadbiran.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []