Elemen dan dimensi kelompok devian dalam tingkahlaku juvana di Bandaraya Geogetown, Pulau Pinang

2014 
Penglibatan kelompok juvana dalam tingkahlaku devian telah mencetuskan permasalahan sosial dalam masyarakat kita pada hari ini. Justeru itu, kajian ini untuk mengenal pasti elemen dan dimensi berkaitan tingkahlaku devian dalam kalangan remaja di Geogetown, Pulau Pinang.Sebanyak Sembilan orang responden telah menjadi sampel bagi tujuan untuk ditemubual di mana kaedah pensampelan rantaian atau bola salji digunakan yang dianggap relevan kerana melibatkan kes-kes sensitif.Berdasarkan kepada analisis Nvivo 10 menunjukkan terdapat sembilan elemen (merempit, menonton video lucah, seks bebas, merokok, melepak, pengedaran dadah, budaya punk, sindiket pelacuran dan meminum alkohol) tingkahlaku di kalangan juvana dalam kelompok devian. Manakala dimensi kelompok devian di kalangan juvana kerana pengaruh dari rakan sebaya, sikap ingin mencuba dan kurang mendapat perhatian ibu bapa yang menjerumuskan mereka dengan jenayah. Justeru itu, kajian ini diharapkan akan dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan dalam usaha menangani masalah gejala tingkah laku devian di kalangan pelajar remaja, supaya generasi akan datang bebas dari masalah keruntuhan akhlak.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []