Wasatiyyah: gagasan pendekatan Islam Hadhari

2017 
Penubuhan Institut Islam Hadhari dalam tahun 2007 di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kewujudan Kursi Syeikh Abdullah Fahim merupakan iltizam Kerajaan Malaysia dan universiti untuk: (a) membangunkan aktiviti penyelidikan dalam bidang Peradaban Islam, dan (b) menyepadukan pemikiran nilai-nilai Islam yang dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4 dalam Wawasan 2020 sebagai agenda pembangunan negara bangsa. Pemikiran Pendekatan Islam Hadhari yang telah digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi, adalah untuk mengukuhkan lagi Wawasan 2020 yang diperkenalkan sebelumnya. Sebagai tambahannya, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, telah memperkenalkan konsep Wasatiyyah di perasmian Konvensyen Pendekatan Wasatiyyah sebagai asas dalam mewujudkan konsep 1Malaysia. Artikel ini, membincangkan kepentingan pendekatan Wasatiyyah: (a) dalam Konsep Pendekatan Islam Hadhari, dan (b) dalam berhadapan dengan pendekatan sekular yang ekstrem di Barat. Agama, budaya dan hujah subjektif tidak ada tempatnya dalam membangunkan peradaban berasaskan sistem sekular. Sedangkan dalam pendekatan Wasatiyyah, penekanan diberikan kepada pengetahuan objektif dan subjektif dalam menghasilkan insan yang adil, moderat dan seimbang dalam seluruh aspek sosialnya, yakni dalam kehidupan di dunia dan akhirat, dalam kehidupan yang unggul dan realiti, ilmu aqli dan naqli. Moderation atau kesederhanaan sebagaimana yang difahami oleh Barat tidak sama dengan konsep Wasatiyyah sebagaimana yang difahami dalam Islam.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []