Pluraliti budaya dan etnik di alam melayu zaman awal
2009
Usaha mengenali masyarakat serta budaya Melayu lama banyak
bergantung kepada catatan pelayar, pedagang, pengembang agama,
pengembara, dan teks-teks Melayu lama. Kita sedia mengetahui
bahawa sejarah masyarakat Melayu adalah merupakan sejarah
kelas yang memerintah dan dengan itu memperlihatkan suatu
perspektif yang bersifat
elitist
dan
hierarchical
serta konservatif.
Ini menjadikan kajian masyarakat Melayu sebagai suatu
static
morphology
. Pendekatan yang biasa digunakan untuk menghuraikan
kehidupan masyarakat Melayu tradisional ialah pendekatan sejarah
sosial. Pendekatan ini mampu menghuraikan sejarah kehidupan
masyarakat Melayu dengan melihat kepada proses kehidupan
seharian. Pendekatan ini membincangkan tentang teori penentangan
struktural. Teori ini telah dimulakan oleh Evans Pritchard dalam
kajiannya tentang masyarakat Nuer di Mesir (
The Nuer
, 1972) yang
menghuraikan bagaimana orang Nuer ini menganggap diri mereka
sebagai kelompok eksklusif berbanding dengan jiran mereka iaitu
orang Dinka.
- Correction
- Source
- Cite
- Save
- Machine Reading By IdeaReader
0
References
2
Citations
NaN
KQI