Keupayaan Pelajar Perdana Tahun Empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (kemahiran Hidup) Utm Skudai Sebagai Bakal Guru Khb Bagi Tingkatan 1-3 Di Sekolah Menengah Akademik

2000 
Kajian ini adalah untuk melihat keupayaan pelajar tahun empat sarjana muda teknologi serta pendidikan KH peringkat (4 SPH) ; kumpulan perdana sebagai bakal guru hasil dari pembelajaran di Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor. Satu set soal selidik telah dibina untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam melaksanakan kurikulum KHB bagi tingkatan 1 hingga 3. Seramai 39 pelajar perdana yang mengikuti kursus ini telah diambil sebagai sampel kajian. Semua data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistic deskriptif. Kajian ini mendpati pelajar empat SPH (perdana) mempunyai pengetahuan dan kemahiran di dalam bahagian teras dan elektif matapelajaran KHB. Walaubagaimanapun kajian ini juga mendapati, pengetahuan dan kemahiran 4SPH (Perdana) dalam elektif Sains Pertanian adalah rendah. Namun kelemahan itu boleh dipertingkatkan melalui pengalaman dan kursus peningkatan setelah bertugas sebagai guru kelak. Kajian ini mencadangkan agar kurikulum KH di Universiti diperbaiki agar merangkumi seluruh sukatan pelajaran KHB di sekolah.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []