Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Pembelajaran Berasaskan Pengintergrasian Model Pembelajaran Inkuiri 5E dan Koperatif

2021 
Kajian ini dilaksanakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan modul pembelajaran berasaskan pengintegrasian model pembelajaran inkuiri 5E dan koperatif (P5E-PK). Modul P5E-PK telah dibangunkan untuk memupuk Kemahiran Proses Sains Tahap Empat (KPST4) bagi mata pelajaran Sains Tingkatan Empat. Seramai dua orang panel pakar dan sembilan orang guru terlibat untuk menentukan kesahan kandungan modul berdasarkan lima kriteria iaitu i) rancangan pengajaran harian, ii) standard pembelajaran, iii) elemen KPS tahap empat, iv) pengintegrasian P5E-PK, dan v) pelaksanaan aktiviti. Selepas pelaksanaan modul, soal selidik berskala lima likert ditadbir ke atas 60 orang pelajar bagi mendapatkan penilaian terhadap kebolehlaksanaan dan kebolehgunaan aktviti dalam modul P5E-PK terhadap KPST4. Hasil penilaian pakar menunjukkan darjah persetujuan yang tinggi iaitu 93.27% dan modul yang dibangunkan memenuhi aspek yang digariskan dengan sedikit penambahbaikan. Penilaian guru terhadap modul menunjukkan nilai min keseluruhan 4.51 yang menunjukkan bahawa guru-guru bersetuju modul P5E-PK dapat diaplikasikan dalam PdPc. Didapati nilai Cronbach Alpha bagi penilaian subjek kajian terhadap kebolehlaksanaan aktiviti ialah 0.76. Ini menunjukkan aktiviti modul P5E-PK mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi. Kebolehgunaan aktiviti memaparkan nilai min keseluruhan 4.20, menunjukkan bahawa subjek kajian bersetuju modul P5E-PK boleh digunakan untuk memupuk KPST4. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa modul P5E-PK mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam memupuk KPST4 dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []