language-icon Old Web
English
Sign In

Nota Editor (Editor's Note)

2019 
ISU KHAS: KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DALAM ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (CRITICAL THINKING SKILLS IN THE 4.0 INDUSTRIAL REVOLUTION ERA) Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pada hari ini kita sedang berdepan dengan era Revolusi Perindustrian Ke-empat (4IR) yang dipacu oleh teknologi baru seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis data mega, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal dan mulai meran¬cakkan kemajuan landskap sosial, ekonomi dan politik dunia. Seiring dengan teknologi baru ini, terdapat keperluan bagi meningkatkan kemahiran baharu dalam kalangan sumber tenaga khususnya dan masyarakat umumnya. Antara kemahiran baru yang acapkali dikaitkan dengan era 4IR ialah kemahiran pemikiran kritis yang membolehkan tenaga kerja di negara kita kekal berdaya saing dalam pasaran kerja di peringkat lokal dan global. Kemahiran pemikiran kritis bukanlah agenda baharu dalam bidang pendidikan, namun cabaran 4IR ini telah menimbulkan keperluan yang hebat bagi institusi pendidikan di pelbagai peringkat. Kemahiran ini akan digunakan oleh guru untuk mendalami pengetahuan pedagogi ilmu kandungan mereka dan pada waktu yang sama membantu pelajar menguasai pembelajaran di dalam dan luar kelas. Tiada seorang pun daripada tenaga kerja dan mana-mana ahli masyarakat seharusnya dipinggirkan daripada menyertai serta mendepani era 4IR secara aktif dan produktif. Seiringan dengan itu, kekuatan kapasiti pemikiran, pembentukan tenaga kerja dan ahli masyarakat yang sihat dan mampan dari segi fizikal dan mental serta mempunyai nilai murni yang tinggi perlu ditekankan agar mereka dapat menyumbang kepada kelestarian hidup dalam era 4IR dan era selanjutnya. Justeru, isu khas ini mensajikan kajian-kajian terkini berkaitan keperluan dan usaha yang telah dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan kemahiran pemikiran kritis. Penyelidikan yang menjurus kepada kekuatan mental dan fizikal dalam kalangan pelajar, pendidik, kaunselor, serta ahli masyarakat umumnya turut dibincangkan bagi membolehkan mereka memainkan peranan secara maksimum dalam era 4IR. Antara aspek yang ditekankan dalam isu khas ini adalah: Pemupukan kemahiran berfikir secara kritis berasaskan pendekatan PdP yang inovatif Jalinan koloborasi antara guru dan ibubapa dalam mendepani cabaran era Revolusi Perindustria Ke-empat (4IR), dan Pembentukan nilai dan gaya hidup sihat dalam mendepani kehidupan dalam era Revolusi Perindustrian Ke-empat (4IR) Adalah menjadi harapan kami agar perkongsian maklumat melalui Isu Khas ini dapat dimanfaatkan dalam konteks amalan semasa ke arah peningkatan kualiti pembelajaran yang mampu menghasilkan sumber manusia yang berdaya saing dan relevan dengan zamannya. Lilia Halim Aidah Abd Karim
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []