Hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan personaliti pelajar di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Pontian, Johor

2010 
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan personaliti remaja.Seramai 118 pelajar tingkatan 2 SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman,Pontian dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan untuk mengenal pasti gaya asuhan yang diterima adalah Parental Behavior (PBI),dan untuk menguji dimensi personaliti remaja,kedua-duanya dalam kajian ini adalah Inventori Personaliti Junior Eysenck (JEPI) dalam versi Bahasa Melayu.Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian PSPP. Statistik deskriptif dan korelasi Pearson digunakan dalam menganalisa hubungan di antara gaya asuhan ibu bapa dengan personaliti ekstrovert dan neurotik remaja. Analisis dijalankan pada aras signifikan 0.05. Hasil analisis mendapati bahawa gaya asuhan autoritarian dan gaya asuhan autoritatif sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan personaliti ekstorvert remaja sahaja. Gaya asuhan permisif pula didapati tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan personaliti ekstrovert remaja. Kajian juga mendapati ketiga-tiga gaya asuhan ibu bapa autoritarian,autoritatif,dan permisif tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan personaliti neurotik remaja.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []