Pelaksanaan subjek hubungan etnik tanpa peperiksaan akhir di UiTM Cawangan Melaka / Noor Aziera Mohamad Rohana … [ et al.]

2020 
Pendidikan merupakan wadah utama pembangunan modal insan yang perlu diberi perhatian oleh pelbagai pihak. Penekanan terhadap aspek pendidikan dapat melahirkan semangat cintakan agama, bangsa dan tanahair, iaitu melalui mata pelajaran seperti sejarah dan ketamadunan. Lazimnya di peringkat pengajian tinggi, antara mata pelajaran yang berkaitan dengan tujuan ini adalah subjek ‘Hubungan Etnik’. Selain institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang ada di Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak ketinggalan dalam menetapkan subjek Hubungan Etnik sebagai subjek wajib dan perlu diambil oleh pelajar-pelajarnya di seluruh cawangan, termasuklah cawangannya di Melaka. Pengajaran dan pembelajaran subjek Hubungan Etnik masa kini menjadi satu cabaran besar kepada para pensyarah untuk menarik minat para pelajar. Cabaran ini semakin dirasai apabila berlakunya perubahan dalam rangka kursus Hubungan Etnik di UiTM di mana ia dilaksanakan tanpa peperiksaan akhir bermula semester Mac-Julai 2018. Namun begitu, silibus tanpa peperiksaan ini tetap penting kerana para pelajar bukan semata-mata dinilai dari sudut akademik semata-mata, bahkan akan diuji dengan pendekatan penilaian berterusan untuk sepanjang semester. Keadaan ini mewujudkan kesukaran dalam menilai keberkesanan isi kandungan kursus dalam kalangan para pelajar. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kepentingan subjek Hubungan Etnik terhadap pembinaan negara bangsa di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menghuraikan pendekatan-pendekatan yang digunapakai dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik di UiTM Cawangan Melaka. Kajian kualitatif ini dilakukan menggunakan kaedah pengumpulan maklumat dari dokumen-dokumen yang berautoriti di UiTM. Data-data yang dikumpul melalui proses pengekodan dan dianalisa secara induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa subjek Hubungan Etnik adalah penting dalam pembentukan negara bangsa walaupun kaedah pelaksanaannya tanpa peperiksaan akhir. Kaedah penilaian subjek ini mendedahkan para pelajar kepada kepelbagaian sumber ilmu berkaitan sejarah, kepelbagaian bangsa dan juga kemahiran yang lebih dikenali sebagai soft-skill.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []