Pendekatan Pengajaran Pensyarah Jptk Dalam mendorong Menjana Pemikiran Kreatif Dan Inovatif dikalangan Pelajar.

2012 
Pemikiran kreatif dan inovatif adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi seseorang pelajar dalam menyelesaikan tugasan atau masalah yang diberikan oleh pensyarah. Oleh itu, cara pendekatan pengajaran yang sesuai mengikut jenis subjek yang diajar mampu mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar. Pendekatan pengajar yang digunakan oleh guru, tenaga pengajar atau pensyarah perlulah memudahkan para pelajar dalam memahami sesuatu subjek yang diajar. Dalam melaksanakan pendekatan pengajaran tersebut akan dipengaruhi oleh tahap-tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar yang sememangnya yang mempunyai pelbagai tahap dari segi pemikirannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan pengajaran pensyarah JPTK dalam mendorong menjana pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 7 pensyarah JPTK Fakulti Pendidikan. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pemikiran kreatif dan inovatif pelajar masih lagi perlu bergantung kepada pensyarah dalam mendorong kemahiran pemikiran tersebut. Hal ini kerana, pelajar tidak mampu untuk untuk menjana idea secara kreatif dan inovatif tanpa ada faktor penyumbangnya. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar pelajar dilatih untuk lebih berdikari dalam proses kerja untuk mrningkatkan daya kreativiti mereka Selain itu, para pensyarah juga perlu lebih tegas dan menjadi fasilitator daripada menyumbang atau membantu para pelajar tersebut menyelesaikan tugasan yang diberikan.
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []