Strategi dan Struktur Kesantunan Melayu dalam Kritikan Mentor: Rancangan Realiti Televisyen (Strategies and Structures of Malay Politeness in Criticism on Mentor: A Reality Television Programme)

2018 
Kritikan sering kali dilabelkan sebagai komen yang negatif. Namun kritikan juga boleh merupakan komen yang bersifat positif. Kritikan membawa maksud yang luas, iaitu ulasan. Dalam budaya Melayu, kritikan disampaikan dengan pelbagai cara, iaitu dengan penggunaan strategi dan struktur tertentu. Tujuan sesuatu kritikan dilakukan adalah untuk mencapai sesuatu objektif. Hal ini dapat dilihat dalam kritikan rancangan realiti televisyen Mentor. Data kritikan ini akan dianalisis dengan mengaplikasikan teori Brown & Levinson (1987) dan Asmah (2000). Gabungan kedua-dua teori ini berlandaskan konsep muka dan air muka. Hal ini membentuk pola strategi kesantunan dari perspektif Melayu. Pola strategi ini akan distrukturkan dalam teknik Sandwich (Davies & Jacobs,1985). Kajian ini menggunakan data Mentor musim 1 , 2 dan 5 . Data telah dimuat turun dan ditranskripsi untuk tujuan analisis teks. Ujaran juri tetap, juri berulang dan juri jemputan yang telah dianalisis dikelompokkan dalam pola-pola strategi kesantunan. Dapatan kajian memperlihatkan ketiga-tiga juri cenderung menggunakan pola strategi (berekod tanpa penyesuaian) + (berekod dengan penyesuaian kesantunan positif) + (berekod dengan penyesuaian kesantunan negatif), iaitu (BTP)+(BPKP)+(BPKN) dengan G3 dan G1 kesantunan Melayu dengan aplikasi struktur kritikan positif mengapit kritikan negatif. Dapatan ini membuktikan bahawa dalam menyampaikan kritikan, penutur Melayu masih menitikberatkan kesantunan dalam komunikasi. Kata Kunci: strategi; struktur; kesantunan; kesantunan Melayu; kritikan ABSTRACT Criticism is often labelled as a negative comment. However, it can also be treated as a positive comment. The word ‘criticism’ has broad meanings, such as review.  In Malay culture, criticisms are presented in various ways by using certain strategies and structures. The purpose of criticism is to achieve an objective. This can be seen in the criticism given in Mentor; a reality television programme. The data of this criticism will be analyzed by applying Brown and Levinson (1987) and Asmah (2000) theories. The combinations of these two theories are based on the concept of face and personal honour. These formed patterns of politeness strategies from Malay perspectives. The strategy patterns will be structured in the Sandwich technique (Davies & Jacobs, 1985). This study used data from Mentor seasons 1 , 2 and 5 . Data were downloaded, transcribed and text analysis was conducted on the texts. Utterances from fixed juries, recurring juries and invited juries were analysed and grouped into strategy patterns of politeness. The findings of the analysis show that all the juries tends to use patterns of strategies (on record baldly) + (with redressive action positive politeness) + (with redressive action negative politeness), (BTP)+(BPKP)+(BPKN) with G3 and G1 Malay politeness; with a positive criticism flanking the negative criticism. This proves that while conveying criticism, Malay speakers are still concerned about politeness in communication. Keywords: strategies; structure; politeness; Malay politeness; criticism
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []