Pengurusan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perfileman: Gaya Komunikasi Kepimpinan dan Kesannya kepada Ahli Organisasi

2012 
ABSTRAK Penulisan ini bertujuan membincangkan gaya komunikasi kepimpinan dalam kalangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perfileman di Malaysia dan kesannya terhadap ahli. Lima persatuan perfileman yang aktif memperjuangkan aspirasi industri perfileman Malaysia iaitu Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Pekerja-Pekerja Filem Malaysia (PPFM), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) dan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) digunakan sebagai subjek kajian. Kajian lapangan yang membabitkan temu bual, pemerhatian dan soal selidik dijadikan sebagai pendekatan kajian. Kesemua pemimpin tertinggi NGO terbabit ditemu bual untuk mendapatkan maklumat. Pemerhatian langsung juga dibuat bagi menambah maklumat. Soal selidik pula diedarkan kepada ahli untuk mendapat respon langsung terhadap kajian yang dilakukan. Gaya komunikasi yang diasaskan oleh Norton (1983) dijadikan panduan dalam meneroka gaya komunikasi pemimpin NGO perfileman terbabit dan kesannya ke atas ahli organisasi tersebut. Dapatan kajian mendapati pemimpin NGO perfileman cenderung mengamalkan gaya komunikasi berbentuk memberi perhatian dan terbuka. Gaya komunikasi ini dipengaruhi oleh kepelbagaian latar ahli dan situasi tertentu. ABSTRACT The purpose of this paper is to discuss leadership communication style among a few non governmental organization (NGO) of films in Malaysia and its impact on their members. Five film associations that are actively promoting the aspiration of film industry in Malaysia, namely Actors’ Association of Malaysia (SENIMAN), Film Producers’ Association of Malaysia (PFM), Association of Malaysian Films’ Employees (PPFM), Screen Writers’ Association of Malaysia (SWAM) and Film Directors’ Association of Malaysia (FDAM) are selected as the subjects of this study. Field research that involves interview, observation and questionaires are employed as the study approach. All the NGO top leaders are interviewed to seek information. Direct observation is also conducted to obtain relevant information. Meanwhile, questionnaires are distributed among members to elicit immediate responses to this study. The communication style proposed by Norton (1983) is adopted to explore the NGO film leaders’ communication style and its impact on their members. Findings of the study show that leaders of the NGO film associations are inclined toward attentive and open styles in communicating with their members. Such communication styles are influenced by diversed background of members and specific situations.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []