Mastery Level Of Solid Geometry Among Form 4 Students

2011 
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penguasaan Geometri Pepejal di kalangan pelajar Tingkatan Empat dan faktor-faktor memepengaruhi penguasaan mereka. Objektif-objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan sebenar pelajar Tingkatan Empat dalam Geometri Pepejal berdasarkan Modal van Hiele, tahap penguasaan topik yang sama berdasarkan penilaian kendiri, kepuasan pelajar terhadap pengajaran guru dan kandungan Geometri Pepejal dalam buku teks Matematik. Sampel kajian ini terdiri daripada 134 pelajar dari dua buah sekolah menengah di Skudai. Kertas ujian dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Keputusan kajian yang dilaporkan dalam frekuensi, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan penguasaan Geometri Pepejal pelajar adalah berada pada tahap sederhana manakala tahap penguasaan topik tersebut berdasarkan penilaian kendiri adalah tinggi. Merujuk kepada lima tahap Modal van Hiele, pencapaian pelajar paling tinggi pada tahap Visualisasi, iaitu aras yang paling minimum. Tahap kepuasan pelajar terhadap pengajaran guru dan kandungan Geometri Pepejal dalam buku teks Matematik adalah sederhana. Untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam Geometri Pepejal, beberapa cadangan telah dikemukakan di akhir kajian ini, seperti kepelbagaian strategi pengajaran dan penilaian dari semasa ke semasa.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []